Keredhan yang diputuskan
tersirat makna keinginan
walau ia seketika
keadaan bergoncang tidak lama
sekelumit duka meranjau makna redha
atas kekuatan jemari menekan papan digital
cabar mencabar, becabang idea diruang siber
kecelaruan siang membenam sinar
keredhan ini insya Allah menyinarkan cahaya
Renungan Mata Hati
-berehat seketika . . rahsia hidupku-
Selasa, 17 Januari 2012
Sabtu, 14 Januari 2012
Mahasiswa terlanjur berpolitik
Kalau lah anda faham. Mahasiswa meskipun kita hendak bersuara, jangan sampai orang tutup telinga atau menunggu orang pekak. Sebab itu kita diajak bersabar dan berusaha cukup setakat konsisten bukan berlebihan. Mengapa? Ramai daripada mahasiswa memberikan alasan berpolitik adalah disebabkan hak mereka tak didengar dan berjuang tanpa berbekal ilmu meyakinkan; tanpa ilmu kita boleh mengubah segala lebih hebat dari Ilmuan-ilmuan Islam sebelum ini! Ingat, Semua orang berhak untuk berpendirian tetapi bukan semua tahu menggunakannya. Kalau semua orang ingin menyatakan hak nya, apakah batasan kita dalam berhak? Siapa yang lebih berhak? Ini situasi zaman sekarang, kalau ada segerombolan orang pergi membantah, yang lain sibuk mengIAkan tanpa mendengar apa yang diperkatakan. Kalau ada kemalangan, semua orang nak berhempit-hempit mengambil gambar. Katanya, hak saya untuk mengambil gambar. Ya! memang semua anda berhak, dalam dunia ini anda ada hak tetapi kita ada batasannya. Apakah batasan anda dalam berpolitik? Tahap anda berpolitik adalah sampai orang pekak! adakah anda ingin mengajak kebenaran dengan cara yang sama keturunan yang terdahulu dengan merampas kuasa? dan tak mustahil dengan pekara yang sama anda akan juga dijatuhkan dan sama lah cara sebagaimana Tentera Genghis Khan, Mongolia menjajah China dengan keangkuhan. Tahukah anda berapa lama masa yang diambil seorang nabi dalam menyampaikan kebenaran?11 tahun dakwah dan anda mengharapkan orang boleh menerima telatah anda selama beberapa hari dengan cara yang kurang bijak. Satu alasan anda, kalau negara di luar boleh memegang kuasa negara dengan demonstrasi, anda pun Boleh!! anda silap kerana Mesir berjaya merampas pemerintahan adalah kerana Allah. Rakyat Mesir bekorban banyak masa untuk meningkatkan taraf pendidikan anak2 mereka, tahukah anda; pencetus revolusi mesir 2011 adalah seorang aktivis siber, Wael Ghonim, eksekutif muda di Google dan ilmunya digunakan menyampaikan maklumat kepada rakyat Mesir sehinggakan kerjaan Mesir terpaksa memutuskan jaringan internet dan beliau lah lepasan pelajar yang berbakti dalam revolusi tersebut. Sebaliknya, Anda rasa tindakan berdemonstrasi adalah pembuka kesedaran minda manusia lain? Kesedaran takkan berlaku sekirannya kita mendidik masyarakat dengan pendidikan sebegini dan tanpa hidayah dari Allah. Sesungguhnya menuntut ilmu itu juga perjuangan syahid dan mulia. Itu juga tanggungjawab anda yang lebih hebat dari demonstrasi perjuangannya kerana mungkin demonstrasi boleh dilihat hadir dan berlalu dalam sekelip mata tetapi mungkin kerana ilmu itu perlu diterap dalam masa yang panjang, diturunkah bergenerasi menyebabkan anda Letih dan memilih untuk menamatkan perjuangan yang panjang tersebut. Sungguh anda perlu berasa bangga!!
Rabu, 7 Disember 2011
Hidup Berkeluarga
Seringkali, apabila pergaduhan berlaku dalam kalangan suami isteri, bertempikan suara high pitch si isteri dilapisi suara parau seorang lelaki. Lebih romantik apabila periuk nasi berterbangan sekali. Adakah ini suatu tradisi atau gejala? setelah dirujuk kepada pakar motivasi, hakikatnya mereka mengakui tidak meluahkan isi hati dan menyimpannya. Salahkah kita meluahkan perasaan hati kepada teman hidup? Jangan kita heretkan kpd cerai takkala kadar perceraian keluarga semakin serius. Masalah rumah tangga ini terjadi kerana masing-masing tidak mahu utk mengakui kesilapan diri sendiri. Ingatlah, takkala anda tersesak nafas menerima akad nikah atau mengucapkannya, itu bukanlah dugaan sebenar hidup bekeluarga. Namun, rona-rona memelihara tolerasi dalam hidup berumah tangga itulah tanggungjawab anda berdua dan maruahnya bukan lagi kepada diri sendiri tetapi keluarga anda berdua.
Alangkah bahagianya, seorang suami apabila boleh bersandar pada ribaan isterinya takkala berhadapan permasalahan. Alangkah bahagianya, si isteri apabila setiap pagi dipuji kecantikan rupa parasnya oleh si suami. Jadi, bukankah mudah buat keduanya apabila saling memberi dan menerima. Rasulullah saw merupakan contoh suami yang penyayang. Riwayat hidup Rasulullah saw ini wajar dijaikan teladan, balik ketika isterinya saidatina Aisyah sedang tidur, Rasulullah saw rela tidur diluar berbanding membangunkan isterinya yg sedang tidur. Pertama kali diturunkan wahyu, Rasullulah saw mengigil ketakutan dan saidatina Khadijah lah tempat beliau berdampingan. Pada saat dicabut nyawanya, diribaan isterinya Saidatina Aisyah lah tempat beliau terakhir kali benafas. Cukup berbeza dengan suami isteri zaman sekarang, mereka lebih rela mendera isteri dalam melempiaskan amarah, mencari "Along" utk menyelesaikan hutang dan mati di tali gantung sebab membunuh keluarga sendiri. Hidup penuh ketenangan atau mati dalam kehidupan, kita lah yang memilihnya.

Selasa, 4 Oktober 2011
Terperangkap dalam usia
Kehidupan akan terus berputar dan kita akan berubah tetapi bukan semua orang akan berubah dalam setiap aspek diri mereka. "Terperangkap dalam usia"
Sesetengah manusia sukar berubah disebabkan mereka terperangkap. Pekara yang menarik mereka sehingga terperangkap adalah Aspek kehidupan yang tidak mereka kecapi kemudiannya mereka dapati. Pekara inilah yang akan menyebabkan mereka selesa berada di usia itu. Mereka inginkan masa tersebut tidak pernah bernoktah. Hal ini persetujui dengan firman allah yang bermaksud; Allah tidakkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya. Ini menunjukan manusia ini boleh mengubah nasibnya dengan izin Allah cuma mereka enggan melakukannya disebabkan selesa. "Masa hidup saya masih lama" merupakan ungkapan kita dalam berhadapan dengan perubahan. Meyakinkan diri kita dengan TAKDIR KITA PILIH. Mengapa kita perlu berubah? disebabkan kita adalah mahluk yang lalai dengan nikmat, kita perlu berubah kerana kita tidak sempurna. Perubahan itu suatu keperluan. Kadang2 kegembiran kita pada masa ini hanya mengambarkan bertapa kita dahulunya dahagakannya sehingga kita menjadi lupa bahawa itu hanya nikmat Allah sementara. Ujian buat kita. Namun, kita beruntung,untuk kita keluar dripada keadan itu menjadi lebih baik, kita tidak ditinggalkan dan diabaikan oleh Maha Pencipta. Kita diberikan panduan iaitu AlQuran dan Sunnah bagi memamandu kita ke jalan lurus. Janganlah kita mengetepikan panduan Allah ini. Capailah dan bacalah AlQuran itu dengan penghayatan, selain membimbing kita ia juga dapat menambahkan pahala yang kian bekurangan dalam kepanasan dosa pada masa ini.

Selasa, 6 September 2011
Berbaju Melayu Berantai Perak: Merdeka?
Sedang bahana Hari Lebaran kian menipis, makin jarang lagu raya didedangkan di radio. Lebaran sekali Hari Kemerdekaan suatu keunikan Lebaran pada kali ini. Ia cukup sejoli dipadankan dengan aura kegembiraan penuh warna warni. Tidak ketinggalan Rantai Perak?? Mungkinkah ini suatu perhiasan baru; Berbaju Melayu, tidak berbutang menyerlahkan kemilau perak di dada pemakai. Atau ini Penjajahan?? Mungkin seorang dua tetapi biar anda perhalusi sendiri trend sebegini pada waktu Lebaran ini. Selain rantai perak, ramai memperhiaskan motosikal mereka dengan cahaya LED beserta eksos yang menengelamkan irama cengkerik di kawasan perkampungan. Ya, kita ketinggalan dalam melakukan pekara yang sama. Namun, kita tidak pernah melupakan tradisi Kemenangan Lebaran iaitu Mercun. Semua ini perkara yang baik, muda mudi suka mengikut pekara tersebut. Kalau anda tanya, adakah kita sudah merdeka. Tidak adalah jawapannya, malah kita semakin dijajah takkala kita telah meRELAkan diri menerima budaya raya sebegitu. Alangkah baiknya kita menyerlahkan budaya melalui sifat ketimuran kita yg sedia tersimpan di dada itu. Seperti belajar menganyam ketupat, memasang lampu raya, bergotong royong melayan tetamu.
Namun, pemuda pemudi masa hadapan lebih gemar memegahkan diri mereka dengan menunjuk2 meskipun hakikatnya mereka tidak berkemampuan dalam beraya ala TREND rantai perak, moto berLED, membeli MERCUN. Siapa yang Merdeka? Syaitan atau Manusia.

Selasa, 16 Ogos 2011
Lirik Lagu Hujan dan Airmata- Sudirman
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...
P/s: lagu ne feel dengan musiknya ala2 gemersik.
Selasa, 10 Mei 2011
Bahasa Melambangkan Budaya
Sebuah ungkapan lama orang Melayu disisipkan dalam kamus peribahasa Bahasa Melayu dulu dan kini dikenali dalam Bahasa Malaysia. Ia bukanlah sebuah ungkapan yang digunakan bagi mempermainkan budaya,orang barat kata"Bahasa itu cuma komunikasi". Namun, kita perlukan wadah bagi membuka minda berkenaan ungkapan "Bahasa melamabangkan Budaya" kerana ramai yang masih tidak percaya akan kehebatan BAHASA.
.
Setiap manusia dilahirkan umpama kain putih, senang diwarna dgn tempiasan sahaja ke atas kain tersebut tetapi sukar mencorak sehingga menjadi seindah kain batik tenunan asli. Hadis riwayat bukhari menriwayatkan sabda Nabi" perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk."
Jelas, menunjukkan pesekitaraan itu memberikan impak kepada manusia lebih-lebih lagi sahabat disekelilingnya. Akhirnya wujudlah BUDAYA.
.
Segala perkara yang kita perolehi akan kita aplikasikan bagi membentuk "komunikasi" bak kata ahli akademik barat. Seolah-olah, mereka meninggalkan pengertian ayat tersebut. Berlainan berbanding Al-Quran yang mempunyai makna dalam setiap ayat baik berkias mahupun terang. Contoh bahasa agung yang molek adalah Al-Quran,bukankah sia2 ia diturunkan andai kita tidak mengerti kehebatan susunan bait2 kata yang sangat banyak untuk kita pelajari di dunia ini.
.
Logik akal"Bahasa Melambangkan Budaya" adalah seperti Bahasa Al-Quran dan Umat Islam pada zaman Nabi Muhammad yang Bahasa mereka sangat halus tutur bahasanya menunjukkan kegemilangan Islam pada detik itu. Tidak hairan banyak karya-karya tulisan Arab dirampas sewaktu Penjajah menaluki Negara-negara Islam dan banyak negara yang dijajah akan dimusnahkan Bahasa Ibundanya agar menyukarkan kebudayan gemilang terus berkembang.
.
Ironinya, Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam menggunakan bahasa yang kasar. Tahukah anda, sewaktu Islam masih didakwahkan oleh Nabi Muhammad secara rahsia, orang Arab yang bersyair mengeji dan mencaci Nabi dengan panggilan "GILA". Maknanya, irama syair itu bukan menunjukkan Bahasa tersebut adalah baik selagi Ia menggunakan perkataan Kasar.Apakah budaya mereka pulak? Ya, Budaya yang Kasar sama seperti bahasanya. Namakan sahaja, menanam anak hidup2, mengamalkan riba, merogol dan sebagainya.
.
Kita di Malaysia begitu juga. Sejarah ketamadunan manusia telah membongkar keruntuhan sesebuah bangsa dengan ungkapan keramat "BAHASA MELAMBANGKAN BUDAYA". Budaya kita boleh diukur dengan Bahasa yang kita suburkan buat generasi masa depan. Sekiranya Budaya kita jatuh, itu merupakan tanggungjawab kita untuk menjawabnya di Padang Masyar kelak. Perkembangan Bahasa Kasar dikalangan muda-mudi perlu disekat, Ia mulai merebak dan diBUDAYAkan oleh generasi muda. JIJIK dan KOTOR perkataan yang mereka guna! apalah yang kita asuhkan kepada mereka sehingga mulut mereka lebih BERAMAL menyebut perkataan sebegitu daripada Zikir atau Tasbih kepada Allah SWT? Jika anak selalu bertasbih atau berzikir kepada Allah, telah dijanjikan Mahkota buat kedua2 ibu bapanya di akhirat.
.
Kesudahannya, Bahasa merupakan alat penting bagi mempopularkan sesebuah budaya. Kedatangan Budaya Negatife akan hadir bersama Bahasanya yang sendiri. Kalau kita inginkan tanggungjawab Budaya yang Baik tidak dipersoalkan semasa perhitungan kelak, kita peliharalah Bahasa generasi muda. Fakta terakhir, Bahasa yang lucah menular di Dunia sekarang, selain daripada Ia mengurangkan pahala, ia juga merangsangkan perbuatan lucah. Maka,tidak hairanlah mengapa seks bebas berleluasa. Jelaslah Allah telah tunjukan, mengapa Al-Quran dikitabkan dengan Bahasa yang Indah, melainkan untuk membina umat yang Gemilang.
.
Terima Kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)